Bayaran Deposit Akademi Al-Fatih 2011

Assalamualaikum

Pihak Akademi Al-Fatih ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana memilih PUISI 2011.

Berikut adalah beberapa perkara berkaitan PUISI 2011 (Akademi Al-Fatih),

DEPOSIT

1) Deposit adalah 20euro atau 20pound bagi setiap peserta.

2) Cara pembayaran -

i) Bagi peserta dari Dublin, anda boleh membayar terus kepada kakak atau abang dalam Buddies

ii) Online Banking

- Peserta dari UK, boleh bayar melalui akaun di bawah,

Nadzirah Bt Ahmad (United Kingdom)
No Akaun: 41617160
Sort code: 309751

- Peserta dari Ireland, boleh bayar melalui akaun di bawah,

Nur Syakirah Nasir (Ireland)
No. Akaun: 35361048
Sort code: 931047

Sila masukkan butiran seperti berikut,
<IDAkademi Al-Fatih><space><DEP>

Contoh,
AF102389 DEP
*ID anda adalah seperti di dalam confirmation emel.
*ID anda perlu bermula dengan ‘AF’ dituruti dengan digit.

3) Jika anda terlupa atau tiada ID, sila emel kepada Admin, reg_puisi11@yahoo.com.sg atau PM Admin di Facebook.

4) Tarikh tutup pembayaran deposit adalah pada 10 Disember 2011 / 14 Muharram 1433

5) Pihak kami akan menghantar emel kepada anda setelah kami menerima bayaran dalam tempoh 7 hari bekerja. Jika anda tidak
mendapat sebarang emel, sila emelkan kepada Admin.


YURAN PENUH

1) Bayaran penuh masih belum dapat diputuskan. Dijangkakan yuran dalam lingkungan 40-45euro* atau 40-45pound*.

2) Yuran adalah tersebut termasuk perbelanjaan untuk pengangkutan pergi dan balik (dari dan ke checkpoint tertentu),
penginapan, kemudahan awam, makanan dari 23 – 26 Disember 2011 dan beberapa kos lain.

3) InsyaAllah, kita akan mendapat khidmat professional dari Ibrah Paradigm Training and Consultancy. KLIK sini untuk maklumat
lanjut

Kami menunggu kedatangan anda ke Akademi Al-Fatih bersama Penulis buku ‘Kuasa Kepemimpinan Al-Fatih’ dan juga pengurus Ibrah Paradigm Training and Consultancy, Utz Syaari Abdul Rahman.


Untuk maklumat lanjut atau pertanyaan boleh tulis di wall Facebook group kami.

b’cos U complete P_ISI =)

Registration Unit

Akademi Al-Fatih

PUISI 2011

reg_puisi11@yahoo.com.sg

http://www.ppimi.org/puisi/


“Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela agamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh”. (As-Saff 61:4)

Registration PUISI 2011 : Akademi Al-Fatih

FULL Trailer PUISI 2011

PUISI 2011 : AKADEMI AL-FATIH

PROMO Trailer PUISI 2011

PUISI 2011- Akademi Al-Fateh

Muhammad Al-Fateh

Sabda Rasulullah S.A.W. ketika menggali Parit Khandaq; “..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……” (Hadis riwayat Imam Ahmad)

Umat Islam berlumba-lumba membebaskan Constantinople untuk mendapatkan penghormatan yang dijanjikan oleh Allah swt di dalam Hadis tersebut. Walau bagaimanapun, kesemua kempen yang dilancarkan menemui kegagalan. Di antaranya, 5 kempen di zaman Kerajaan Umayyah, 1 kempen di zaman Kerajaan Abbasiyah dan 2 kempen di zaman Kerajaan Uthmaniyah.

Di dalam salah sebuah kempen semasa zaman Kerajaan Umayyah, seorang sahabat besar Nabi saw iaitu Abu Ayyub Al Ansary R.A. telah syahid dan dimakamkan di bawah dinding kubu Kota Constantinople di atas wasiatnya sendiri. Apabila ditanya kenapa beliau ingin dimakamkan di situ maka beliau menjawab, “Kerana aku ingin mendengar derapan tapak kaki kuda sebaik-baik raja yang akan mengetuai sebaik-baik tentera semasa mereka membebaskan Constantinople”. Begitulah teguhnya iman seorang sahabat besar Nabi saw.

Hadis Nabi saw ini direalisasikan hampir 800 tahun kemudiannya oleh Sultan Muhammad Al Fateh, khalifah ke-7 Kerajaan Uthmaniyyah dan 150,000 orang tenteranya.

Siapakah Sultan Muhammad Al Fateh? Apakah kehebatan Baginda dan tentera-tenteranya sehingga disebut “sebaik-baik raja” dan “sebaik-baik tentera” di dalam hadis tersebut.

PENGENALAN

Baginda dilahirkan pada 26 Rejab 835 Hijriah (29 Mac 1432 ) di Adrianapolis (sempadan Turki – Bulgaria). Walau bagaimanapun, sejarah hidup Baginda sebenarnya telah bermula hampir 800 tahun sebelum kelahirannya kerana telah disebut sebagai “sebaik-baik raja” di dalam Hadis tadi. Baginda juga dikenali dengan gelaran Muhammad Al Fatih kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.

Baginda menaiki takhta ketika berusia 19 tahun dan memerintah selama 30 tahun (855 – 886H / 451 – 1481M). Baginda merupakan seorang negarawan ulung dan panglima tentera agung yang memimpin sendiri 25 kempen peperangan. Baginda mangkat pada hari Khamis, 4 Rabiul Awal 886 bersamaan dengan 3 Mei 1481 kerana sakit gout. Ada ahli sejarah berpendapat Baginda diracun.

PENDIDIKAN

Baginda menerima pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu. Di dalam bidang keagamaan, gurunya adalah Syeikh Shamsuddin Al Wali dikatakan dari keturunan Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq R.A. Di dalam ilmu peperangan pula, Baginda diajar tentang tektik peperangan, memanah dan menunggang kuda oleh panglima-panglima tentera.

Di dalam bidang akademik pula, baginda adalah seorang cendekiawan ulung di zamannya yang fasih bertutur dalam 7 bahasa iaitu Bahasa Arab, Latin, Greek,  Serbia, Turki, Parsi dan Hebrew. Mempunyai kepakaran dalam bidang ketenteraan, sains, matematik. Di dalam bidang Ilmu politik pula, ayahandanya, Sultan Murad II, ketika memencilkan diri di Pulau Magnesia, telah melantik Baginda yang baru berusia 12 tahun memangku jawatan Khalifah. Ia bertujuan untuk mendidik bagina dalam usia yang sebitu muda. Walaupun begitu baginda telah  matang menangani tipu helah musuh.

KEPERIBADIAN

Muhammad al-Fateh merupakan seorang sultan yang mementingkan kekuatan dalaman dan luaran para tenteranya. Baginda seorang pemimpin yang hebat, warak dan tawaduk selepas Sultan Salahuddin Al-Ayubbi (pahlawan Islam dalam Perang Salib) dan Sultan Saifuddin Muzaffar Al-Qutuz (pahlawan Islam dalam peperangan di Ain Jalut menentang tentera Mongol). Malah sifat-sifat baginda dan tenteranya telah diisyaratkan oleh Rasulullah S.A.W dalam hadis.

Baginda sentiasa bersifat tawaduk dan rendah diri. Semasa membina Benteng Rumeli Hissari, Baginda membuka baju dan serbannya, mengangkat batu dan pasir hingga ulamak-ulamak dan menteri-menteri terpaksa ikut sama bekerja

Baginda seorang yang sentiasa tenang, pendiam, berani, sabar, tegas dan kuat menyimpan rahsia pemerintahan. Baginda sangat cintakan ulamak dan selalu berbincang dengan mereka tentang permasalahan negara.

PERSIAPAN AWAL MEMBEBASKAN CONSTANTINOPLE

Selama 2 tahun selepas menaiki takhta, Baginda mengkaji pelan Kota Costantinople setiap malam bagi mengenal pasti titik kelemahannya. Baginda juga mengkaji sebab-sebab kegagalan kempen-kempen terdahulu serta berbincang dengan panglima-panglima perangnya tentang tentang strategi yang sesuai untuk digunakan.

Baginda mengarahkan dibina peralatan perang termoden seperti meriam besar yang boleh menembak bom seberat 300 kg sejauh 1 batu. Benteng Rumeli Hissari dibina di tebing sebelah Eropah, lebih kurang 5 batu dari Kota Constantinople di mana Selat Bosphorus adalah yang paling sempit.

Benteng Rumali Hisari


Bosphorus adalah sebuah selat yang memisahkan Turki bahagian Eropah dan bahagian Asia, menghubungkan Laut Marmara dengan Laut Hitam. Selat ini sepanjang 30 kilometer, dan lebar maksimum 3.7 kilometer pada bagian utara, dan minimum 750 meter antara Anadoluhisar? dan Rumelihisar?. Kedalamannya antara 36 hingga 124 meter.

Ia dibina bertentangan dengan Benteng Anadolu Hisar di tebing sebelah Asia yang telah dibina oleh Sultan Bayazid Yildirim dahulu. Benteng ini mengawal rapi kapal-kapal yang melintasi Selat Bosphorus. Perjanjian damai dibuat dengan pihak Wallachia, Serbia dan Hungary untuk memencilkan Constantinople apabila diserang nanti.

Baginda membawa bersama para ulamak dan pakar motivasi ke medan perang bagi membakar semangat jihad tenteranya. Sebaik sahaja menghampiri dinding kubu Kota Constantinople, Baginda mengarahkan dilaungkan Azan dan solat berjemaah. Tentera Byzantine gentar melihat 150,000 tentera Islam bersolat di belakang pemimpin mereka dengan laungan suara takbir memecah kesunyian alam.

MELANCARKAN SERANGAN KE ATAS CONSTANTINOPLE

Setelah segala persiapan lengkap diatur, Baginda menghantar utusan kepada Raja Byzantin meminta beliau menyerah. Keengganan beliau mengakibatkan kota tersebut dikepung. Pada 19 April 1453, serangan dimulakan. Kota tersebut hujani peluru meriam selama 48 hari. Setengah dinding luarnya rosak tetapi dinding tengahnya masih teguh.

MENARA BERGERAK

Seterusnya Baginda mengarahkan penggunaan menara bergerak yang lebih tinggi dari dinding kubu Byzantine dan memuatkan ratusan tentera. Tentera Byzantin berjaya memusnahkan menara tersebut setelah ianya menembusi dinding tengah kubu mereka.

BANTUAN DARI POPE VATICAN

Pope di Rome menghantar bantuan 5 buah armada yang dipenuhi dengan senjata dan tentera. Perairan Teluk Golden Horn direntang dengan rantai besi untuk menghalang kemaraan armada Uthmaniyah. Ini menaikkan semula semangat tentera Byzantin.

Rantai direntang sepanjang Teluk Golden Horn

PERANG DARI PUNCAK GUNUNG

Kegembiraan mereka tidak lama. Keesokan paginya, mereka dikejutkan dengan kehadiran 72 buah kapal perang Uthmaniyah di perairan Teluk Golden Horn. Ini adalah hasil kebijaksanaan Baginda mengangkut kapal-kapal ke atas gunung dan kemudian diluncurkan semula ke perairan Teluk Golden Horn. Tektik ini diakui sebagai antara tektik peperangan (warfare strategy) yang terbaik di dunia oleh para sejarawan Barat sendiri. Kapal-kapal itu kemudiannya membedil dinding pertahanan belakang kota.

Kapal-kapal perang tentera Byzantin habis terbakar kerana bedilan meriam Uthmaniyah. Pertahanan Byzantin menjadi semakin lemah. Baginda mengambil kesempatan pada malamnya dengan memberikan semangat kepada tenteranya serta mengingatkan mereka kepada Hadis Rasulullah saw dan bersama-sama berdoa kepada Allah swt.

MEMANJAT DAN MELASTIK DINDING

Keesokan paginya tentera Uthmaniyah cuba memanjat dinding dalam kubu dengan tangga dan cuba merobohkannya dengan lastik besar. Tentangan sengit pihak Byzantin menyebabkan ramai yang syahid. Baginda memerintahkan tenteranya berundur dan bedilan meriam diteruskan sehingga tengahari.

KARISMA SEORANG PEMIMPIN

Pengepungan selama 53 hari tanpa sebarang tanda-tanda kejayaan  telah menimbulkan rasa bosan dan menghilangkan keyakinan tentera Baginda. Pada saat yang genting ini Baginda berucap menaikkan semangat tenteranya, “Wahai tenteraku, aku bersedia untuk mati di jalan Allah. Sesiapa yang mahu syahid ikutlah aku!”.

Mendengarkan itu, Hasan Ulubate, salah seorang tentera Baginda mengetuai sekumpulan kecil 30 tentera membuka dan melompat masuk ke dalam kubu musuh lantas memacak bendera Islam di situ. Mereka kesemuanya gugur syahid setelah dihujani anak panah musuh. Kemudian tentera-tentera Islam menyerbu bertali arus menembusi barisan pertahanan Byzantin sambil melaungkan kalimah Allahu Akbar.

PENAWANAN CONTANTINOPLE

Pada 20 Jumadil Awwal 857 / 29 Mei 1453, Kota Constantinople jatuh ke tangan Islam. Baginda menukar namanya kepada Islambol kini Istanbul (Islam keseluruhan) . Gereja Besar St Sophies ditukar kepada Masjid Aya Sofiya. Baginda dengan tawaduknya melumurkan tanah ke dahinya lalu melakukan sujud syukur. Semenjak peristiwa inilah Baginda diberi gelaran “Al Fateh” iaitu yang menang kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.

SEBAIK-BAIK RAJA DAN SEBAIK-BAIK TENTERA

Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya, “Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!”. Tiada seorang pun yang duduk, kerana  tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.

Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!”. Sebahagian daripada tenteranya duduk.

Kemudian Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!”. Kali ini semuanya duduk, kecuali  Sultan Muhammad Al-Fateh sendiri. Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajjud sejak baligh. Inilah dia anak didikan Syeikh Shamsuddin Al Wali. Bagindalah sebaik-baik raja yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah SAW di dalam hadisnya itu.

INGATAN

Memikirkan tentang kehebatan al-Fateh dan tenteranya… suatu ketika, dalam perjalanan menuju ke Constantinople, tentera al-Fateh melalui sebuah kebun anggur yang besar dan buahnya sedang masak ranum. Namun, sebelum melalui kebun tersebut, al-Fateh telah mengingatkan tenteranya supaya jangan diambil anggur itu walaupun sebiji.

Perjalanan diteruskan hingga sampai di suatu tempat, mereka berehat. Setelah didirikan khemah dan berehat, pembantu al-Fateh keluar dari khemah dengan wajah yang sugul dan memanggil semua tentera berkumpul. Para tentera diberitahu bahawa al-Fateh telah jatuh sakit. Setelah diteliti oleh tabib, ubat yang diperlukan adalah sebiji anggur. Maka dia bertanya kepada seluruh tentera, siapa yang mempunyai buah anggur, kerana jika tidak, mungkin al-Fateh akan terus sakit dan mati. Malangnya, tiada seorang pun tenteranya mempunyai buah anggur. Lalu tahulah al-Fateh, bahawa tenteranya bukan sahaja kuat dari segi fizikal, malah rohani mereka juga. Benarlah, tidak seorang pun dari tenteranya yang mengingkari perintahnya. Maka keluarlah al-Fateh dr khemah, dan memuji tenteranya dan menerangkan kepda mereka maksud sebenar.

REFERENCE: http://maahadsas.edu.my/home/artikel/222-muhammad-al-fateh.html

BATTLE OF THE ELEMENTS-PART 4 (WIND)

PUISI PART 4 : THE LAST WIND BENDER

Apa itu SQ?

SQ atau Spiritual Quotient adalah elemen yang terakhir dalam Battle of Element ini. Spiritual Quotient sering dikaitkan dengan rohani kita atau jika diterjemahkan dalam konteks Islam ianya membawa maksud iman kita kepada Allah swt. Pemahaman tentang iman kita terkandung di dalam konsep shahadatain atau kalimah syahadah.

Apa keistimewaan elemen SQ?

Elemen ini boleh dikatakan merangkumi elemen-elemen lain seperti PQ,IQ dan EQ. Kenapa? Kerana elemen inilah yang akan memandu PQ,IQ dan EQ di atas landasan Islam.

Apa kaitan SQ dengan Wind?

Angin adalah satu benda yang abstrak, boleh dirasa tetapi tidak boleh dilihat. Begitu juga dengan keadaan iman atau rohani kita.

Dalam Al-Quran, Allah swt berfirman :

Jika Ia kehendaki, Ia menghentikan tiupan angin, maka tinggalah kapal-kapal itu terapung-apung di muka lautan. Sesungguhnya yang demikian mengandungi tanda-tanda (yang besar pengajarannya) bagi tiap-tiap seorang (mukmin) yang sentiasa bersikap sabar, lagi sentiasa bersyukur. [As-Shura:33]

Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya, bahawa Ia menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang mengembirakan; dan untuk merasakan kamu sedikit dari rahmatNya, dan supaya kapal-kapal belayar laju dengan perintahNya, dan juga supaya kamu dapat mencari rezeki dari limpah kurniaNya; dan seterusnya supaya kamu bersyukur.[Ar-Rum:46]


Analogi yang diberikan dalam Al-quran ini cukup jelas. Angin itu adalah pemandu kepada kapal-kapal di lautan. Tanpa angin, kapal layar akan hilang arah tuju.Hidup kita di dunia ini boleh juga diibaratkan sebagai kapal yang berlayar untuk menuju ke akhirat. Iman atau SQ yang baik akan memandu kita ke arah yang benar.

Kesimpulan

Mantapkan rohani kita. Banyakkan amalan agar lebih mendekatkan diri kita kepada Allah SWT. Tidak dinafikan iman itu naik dan turunnya. Oleh itu kita hendaklah sentiasa berdoa agar ditetapkan iman kita di jalan Allah swt ini. Iman itulah yang akan menyatukan kita, tidak kiralah pelbagai latar belakang, warna kulit dan sebagainya.


Speaker PUISI 2010

Ustaz Zamri Zainuldin

Pengalaman

  • Juri Akademi Al-Quran TV9 2006, 2007 & 2008 (bahagian tajwid dan fasahah).
  • Pengacara rancangan Mari Mengaji TV9 2006 & 2007
  • Terlibat aktif dalam ceramah dan motivasi seluruh negara bersama MANTOP Training & Consultancy.
  • Pembikinan Album Nur Wahyu, Mutiara Wahyu, BIJAK IQRA’ & BIJAK TAJWID bersama In-Team Records.
  • Penampilan istimewa Ramadhan 2009 di Astro Oasis
  • Pembikinan VCD Jom Solat, VCD Adab, Penulis Buku Beginilah Al-Quran Mengajar Kami & Kaedah Al-Matien bersama Telaga Biru Sdn. Bhd.
  • Penampilan di beberapa media cetak seperti Berita Harian, Metro, Utusan Malaysia, Majalah Al-Islam, Dara.com, Muslimah dan Feminin.
  • Penulis buku Al-Matien bersama Ustaz Hj Mohd Wahid Abd Hanif & Beginilah Al-Quran Mengajar Kami bersama Ustaz Mohammad Nidzam Abdul Kadir

Kelulusan

Sedang melanjutkan pelajaran di peringkat Sarjana di Al-Madinah International University dalam bidang Tafsir Al-Quran wa Ulumuhu.

Bayaran Deposit

  1. Kaunter pembayaran yuran PUISI 2010 telah lama dibuka. Untuk makluman, yuran deposit PUISI adalah sebanyak 30 euro atau 30 pound. Manakala yuran penuh puisi pula adalah 45 euro atau 41 pound. Bagi mengesahkan tempat anda ke PUISI 2010, sila jelaskan bayaran deposit tersebut. Bayaran selebihnya akan dilangsaikan di PUISI nanti.
  2. Bagi peserta yang berada di UK dan Ireland, anda boleh membuat bayaran deposit PUISI 2010 melalui kaedah online banking kepada akaun yang tertera di bawah. Bagi peserta selain daripada UK dan Ireland, anda boleh membayar  penuh yuran PUISI 2010 kepada AJK Pendaftaran semasa hari pertama PUISI.
  3. Bagi peserta dari Dublin, anda juga boleh memilih untuk menjelaskan yuran deposit PUISI 2010 kepada kakak/abang dalam R&R bagi universiti masing-masing untuk diserahkan kepada AJK Pendaftaran selepas menerima email ini.

Prosedur Pembayaran

Bagi yang memilih kaedah online banking,  sila masukkan details seperti di bawah untuk rujukan kami.

<initial><universiti><PUISI>

Contoh :  Nur Amina Hassan dari  Queen’s University of Belfast. Sila tulis seperti berikut;

<NAH><BELFAST><PUISI>

Sila bayar ke akaun berikut mengikut lokaliti masing-masing ;

Ireland

Nama : Muaz Adam Mohd Nabil

Bank: AIB Bank

Sort code: 931012

No. Akaun: 15341011

UK

Nama : Nur Aqilah Dahalan

Nama Bank: LLOYDS TSB

Sort Code: 77-07-14

Account Number: 09763260

MISS NUR A DAHALAN

Selepas anda membuat pembayaran online, pihak kami akan menghantar emel penerimaan bayaran yuran deposit PUISI 2010 kepada anda seminggu dari tarikh pembayaran. Sekiranya anda tidak menerima apa-apa emel daripada kami selepas tempoh tersebut, sila emelkan pertanyaan anda ke emel rasmi PUISI 2010 di reg_puisi10@…

Bagi yang ingin membayar terus kepada kakak/abang dalam RnR, anda juga akan menerima emel pengesahan pembayaran dari kami selepas  pembayaran diterima.

Yang benar,

AJK PENDAFTARAN PUISI 2010

Battle of the elements-Part 3 (Fire)

PUISI PART 3 : THE LAST FIRE BENDER

Kini tiba masanya untuk kita sama-sama memahami elemen KETIGA iaitu FIRE = Emotion [Emotional Quotient] setelah selesai kita menelaah elemen kedua PUISI 2010 : Water yang menampilkan Mental Quotient. 

Apa kaitan FIRE dengan Emotion?

 

 

 

 

 

 

Apakah yang dimaksudkan dengan Emotional Quotient?

Team FIRE menjawab :

Emotional quotient sering dikaitkan dengan emosi seseorang individu sebagai reaksi terhadap sesuatu perkara.

Namun kita harus sedar bahawa EMOSI memainkan peranan yang penting di dalam menggerakkan seseorang individu samada menuju kejayaan ataupun sebaliknya.

Bak kata pepatah orang melayu,

 Api yang kecil menjadi kawan,

Apabila besar menjadi lawan.

 

Ok, jadi apa kaitan EQ dan FIRE?

Team FIRE menjawab :

Bayangkan api sebagai semangat kita.

Api yang membara akan memandu seseorang individu menjadi lebih bermotivasi dan seterusnya membuahkan hasil yang bermakna.

Perasaan gembira dan bersemangat ini akan dikongsi bersama rakan-rakan lain dan seterusnya mencetuskan suatu rantaian manusia yang cenderung untuk bekerjasama menghasilkan kejayaan.

 

 

 

 

 

 

 

Tapi AWAS!

Apabila Emosi negatif menguasai diri,

Semangat yang disalurkan bertukar menjadi perkara yang dibenci dan seterusnya membantutkan potensi sebenar diri.

Emosi yang tidak terkawal akan mendatangkan kesan buruk kepada orang sekeliling, dan lebih teruk lagi, dikhuatiri boleh member impak

kepada pergaulan sehinggalah membinasakan sesebuah institusi. 

Firman Allah di dalam surah An-Nisa ayat 104:

Dan janganlah kamu lemah (hilang semangat) dalam memburu musuh (yang menceroboh) itu; kerana kalau kamu menderita sakit (luka atau mati) maka sesungguhnya mereka pun menderita sakitnya seperti penderitaan kamu; sedang kamu mengharapkan dari Allah apa yang mereka tidak harapkan (iaitu balasan yang baik pada hari akhirat kelak) dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.  

Kesimpulan :

Emosi yang dikawal dengan baik dan semangat yang positif boleh memberikan kesan yang baik kepada diri dan individu sekeliling. Ia boleh menyuntik semangat individu lain untuk turut sama bergerak di dalam kumpulan demi mencapai satu matlamat yang sama.

Akan tetapi emosi juga perlu dikawal dengan bijak supaya tidak membantutkan potensi diri untuk bergerak ke hadapan dan juga supaya emosi yang negatif itu tidak member kesan buruk ke atas individu lain.

Jadi, Apa Kata Anda Pula?

Hantarkan penyertaan apa-apa sahaja berkaitan dengan API.

Emailkan kepada:

Khadijah Zulkarnain [wickedwitch_88@...]

Atau

Afiqah Syamimi [amethyst_zen07@...]

Anda Berani Menyahut Cabaran?

-TEAM FIRE/EMOTION PUISI 2010-

Battle of the elements-Part 2 (water)

PUISI PART 2 : THE LAST WATER BENDER

Kini tiba masanya untuk kita sama-sama memahami elemen kedua iaitu WATER = Mind [Mental Quotient] setelah selesai kita menelaah elemen pertama PUISI 2010 : Earth yang menampilkan Physical Quotient.
Mahu tahu lebih lanjut? Jangan segan [aka malas], jangan malu untuk meneruskan bacaan anda hingga ke akhir email ini. 


Apakah yang dimaksudkan dengan Mental Quotient?
Team Water menjawab : Mental quotient sering dikaitkan dengan kebijaksanaan seseorang.  Namun kita harus sedar bahawa elemen ini turut berkait rapat dengan minda kita yang mempunyai  peranan utama dalam menyelesaikan masalah dan membentuk matlamat [vision]. 
Mana mungkin kita dapat mencapai sesuatu perkara tanpa terlebih dahulu merangka strategi dan  menetapkan matlamat. Seekor gajah yang gagah mampu kalah dengan seekor semut yang dianggap lemah  kerana semut tersebut bijak menggunakan kelebihan diri dan berazam untuk menyelamatkan diri.
Ok, jadi apa kaitan IQ dan WATER?
Team Water menjawab : Water yang merujuk kepada air mempunyai persamaan dengan pemikiran kita.  Sebagai contoh, melalui pembelajaran sains/pengalaman, air akan mengambil bentuk bekas di mana ia diisikan. 

Lihat, air benar-benar mengikut bentuk bekasnya. Beginilah pemikiran kita dibentuk oleh persekitaran kita.  Tidak salah jika kita sesekali keluar daripada kebiasaan kita [think out of the box] supaya kita dapat melihat  sesuatu perkara daripada perspektif yang berbeza. 

Air juga boleh berubah warna andai ada bahan luar [exogenous] yang dicampurkan ke dalamnya.

Jadi, jagalah pemikiran anda agar tidak dicemari oleh perkara yang negatif. Tetapi jangan pula takut untuk mencuba  sesuatu yang baru. Yang paling utama, kita tahu membezakan yang haq dan batil. 

Ingat! Air mempunyai komposisi besar dalam badan kita iaitu sebanyak 70%. Air ialah molekul yang hidup. 

 Dan Kami jadikan dari air tiap-tiap benda yang hidup. Maka mengapa mereka tidak mahu beriman?

(Surah al-Anbiya:30) 

Zikir kepada Allah, selawat dan bacaan Al-Quran akan memantapkan molekul air yang terbentuk begitu indah sekali 

dan anda akan merasakan ketenangan yang hakiki dan amat baik untuk kesihatan fizikal dan mental anda.

Firman Allah bermaksud ” (Iaitu) orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah.

Ingatlah dengan mengingati Allahlah hati menjadi tenteram
Kesimpulan :
Pemikiran kita dapat dibentuk dan dipengaruhi oleh pelbagai faktor. Ia akan mudah terpesong andai kita tidak menyemat tujuan hidup yang utuh dalam diri. 

Anda mempunyai pendapat sendiri tentang mental intelligence dan water? Usah ragu, lontarkan buah fikiran anda kepada kami. Mungkin anda akan menjadi pewarna yang membawa warna yang indah kepada ‘air-air’ lain? Ayuh!
-TEAM WATER/MIND PUISI 2010-